Sunday, June 22, 2008

CONQUAS telah dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan - (CIDB) Singapura selaras dengan kehendak agensi sektor awam dan badan-badan professional untuk mengukur tahap kualiti yang dicapai bagi sesuatu projek.


Objektif CONQUAS


Untuk menyelaraskan standard penilaian kualiti bagi projek pembinaan.

Untuk menjalankan objektif penilaian kualiti dengan :-

mengukur kerja-kerja yang telah dibina berbanding dengan standard dan spesifikasi tenaga kerja (workmanship)

menggunakan pendekatan secara persampelan mengikut kesesuaian projek.

Untuk memudahkan penilaian kualiti dijalankan secara sistematik dengan kos
dan masa yang berpatutan.


CONQUAS meletakkan standard keatas aspek-aspek pembinaan pelbagai serta menganugerahkan poin/markah bagi mana-mana kerja yang memenuhi kehendak standard. Markah-markah ini akan dicampur bagi mendapatkan skor/markah kualiti secara menyeluruh yang digelar CONQUAS Score bagi projek bangunan/pembinan.


CONQUAS 21 (Edisi ke-5 CONQUAS) merangkumi kebanyakan aspek dalam kerja-kerja am bangunan. Penilaian ini terdiri daripada 3 komponen utama:


Kerja-Kerja Struktur.
Kerja-Kerja Arkitektur (termasuk kerja-kerja luaran untuk kondominium dan taman perumahan)
Kerja-Kerja Mekanikal & Elektrikal (M&E).

Setiap komponen diperincikan pula kepada sab-komponen untuk penilaian. Contohnya, Komponen Struktur biasanya mempunyai sab-komponen seperti konkrit (tetulang), dll.


Walaubagaimanapun, penilaian ini tidak memasukkan kerja-kerja yang melibatkan kenderaan/loji berat seperti piling, heavy foundation dan kerja-kerja sab-struktur


Bangunan biasanya dinilai dari segi standard workmanship yang dicapai menerusi pemeriksaan. Penilaian Struktur dan M&E dilakukan sepanjang proses pembinaan manakalah Penilaian Arkitektur dijalankan keatas bangunan yang telah siap.


Selain daripada pemeriksaan tapak, penilaian ini juga mengambilkira ujian bahan dan prestasi funsi bagi khidmat dan pemasangan. Ujian ini akan menambahkan pengetahuan, kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dll.


Standard minima telah dihasilkan oleh perbincangan dengan sesetengah sektor , pembangunan hartanah dan kontraktor berdasarkan spesifikasi am yang terbabit dalam projek masing-masing.


Dalam membangunkan CONQUAS 21, banyak pembelajaran dan ujian telah dijalankan bagi mengemaskinikan teknik ujian dan standard penilaian. Sistem Pemarkahan yang dijalankan bersama-sama dengan ujian akan memastikan ketepatan dan keselarasan.


Disesuaikan kembali daripada : CONQUAS 21

No comments:

Post a Comment