Monday, September 11, 2023

BERAS, APA SUDAH BERLAKU?

Laporan Astro Awani - September 7, 2023 15:47 MYT

Di sebalik dakwaan kenaikan harga beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan harga beras tempatan masih terkawal di pasaran ketika ini.

Menteri KPKM, ...................... memberitahu, bekalan beras masih mencukupi dan terkawal sehingga kini.

Menurut beliau, masyarakat tidak perlu bimbang dengan perkara ini kerana pihaknya akan memastikan bekalan beras mencukupi.

--------

Saya menulis sedikit akan hal ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana tokoh, orang politik atau wakil rakyat/ahli parlimen, hanya sekadar meluahkan isi hati sebagai seorang rakyat marhaen.

Benar, bekalan beras memang mencukupi.

  • Tetapi beras 5kg RM12.95-13.00 telah hilang di pasaran.
  • Beras 5kg yang ada paling murah ialah beras wangi RM17.50 - yang lain semuanya RM20.00 ke atas.
  • Beras pek 1kg yang murah biasa dibeli oleh golongan miskin juga telah hilang dari pasaran.
  • Beras 10kg yang berharga sekitar RM24-26.00 juga hilang dari pasaran.
  • Beras "buka" di kampung-kampung juga samada tidak ada lagi atau amat mahal harganya untuk 1kg.

(Beras jenama Faiza juga tidak dapat saya temui walaupun mengunjungi ke beberapa buah pasaraya (besar/mini) termasuk kedai runcit)

Terdapat laporan rakyat sampai kepada saya antara lain golongan susah, terpaksa berjalan kaki sehingga beberapa buah kedai untuk mencari beras yang lebih murah. Ada pula golongan tua yang naik bas ke pasaraya, tiba-tiba tidak ada beras ekonomik. (nak tunggu bas dah dekat sejam, nak balik dekat sejam pula - sudahlah jauh)

Bagi saya, mungkin masih mampu walaupun tidak berpendapatan tetap untuk membeli beras 5kg yang harga RM17 ke atas. Orang yang bergaji pun mungkin masih mampu tetapi akan terasa sedikit kenaikan ini.

Apa yang saya fikirkan :

a) Bagi mereka yang suka berinfaq, tentunya terasa sangat apabila hanya beras yang mahal sahaja ada di pasaran. Mestilah kuantiti beras infaq terpaksa dikurangkan.

Agaknya orang-orang miskin atau asnaf yang sedang menanti bantuan mungkin tertanya-tanya akan bantuan yang semakin berkurangan. (Apala agak-agaknya doa mereka ye...)

b) Sememangnya di dalam stor pasaraya, tidak lagi disimpan beras ekonomik kerana takut nanti diambil foto dan dikenakan tindakan sorok barang.

Tetapi ada khabar angin, malah ada yang mendakwa mempunyai bukti, bahawa pada awal-awal pagi atau tengah malam, akan datang beberapa buah lori akan datang ke beberapa buah pasaraya dan kedai runcit untuk mengangkut beras-beras ekonomik dan mungkin disembunyikan dari pengetahuan pihak berkuasa.

Berikut adalah foto-foto rambang yang saya ambil di 5 buah pasaraya (besar dan mini) dan 2 buah kedai runcit (1 kedai borong) di sekitar Gombak. (Sri Gombak, Pinggiran dan Batu Caves)












Semasa itu juga saya mendengar keluhan dan rungutan pembeli bertanyakan pekerja :

"Mana beras yang harga RM13.00 - tak ada lagi ke? Semua 5kg RM20 lebih je"

Pekerja yang kurang cerdik itu menjawab "ini beras wangi, beras gred tinggi, sebab tu mahal" (orang tanya lain, dia jawab lain)

Suatu masa dulu saya pernah cadangkan :

a) Galakkan penanaman padi tempatan, bantu mereka dan kurangkan impot dari negara jiran walaupun harga lebih murah atau kualiti lebih baik - kerana beras impot akan menghasilkan pendapatan pada negara lain dan bukan negara kita.

b) Jangan tunduk pada pihak kartel yang memprovokasi supaya diletakkan harga siling mengikut kehendak mereka. Sebab harga siling yang mereka tetapkan akan menjadi harga kawalan pula

c) KPDNKSH - mestilah bertindak lebih tegas dan turun ke padang (bukan sahaja pasaraya tetapi stor serta gudang-gudang "rahsia" yang mungkin menyimpan beras ekonomik yang diambil dari pasaraya dan kedai runcit)

d) Fenomena El-Nino - banyak pihak juga yang memberikan jaminan ianya tidak akan menjejaskan penanaman padi tetapi memerlukan penjadualan semula penanaman padi.

(boleh buat carian Google)

Tetapi hakikatnya masih ramai yang memberikan alasan terjejasnya tanaman padi adalah kerana Fenomena El-Nino walhal boleh diubah jadual penanaman padi.

Apa yang saya tuliskan di sini hanyalah sekitar Gombak, Pinggiran dan Batu Caves. Saya pasti sudah ramai yang telah menulis atau membuat video akan perkara yang sama di seluruh negara.


Thursday, September 07, 2023

MARVEX 2023



#Marvex2023 - thrilled to be here The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) good job as always



#marvex2023 - KL Convention Centre - A platform to source, network and explore business opportunities to spur the growth of ACMV & R in the region. Meeting friends at Jabatan Standard Malaysia, The Institution of Engineers, Malaysia (IEM), SIRIM QAS International. Great ACMV Products. Lots of discussion on Environmental, Social, and Governance (ESG) , Sustainable Development, Artificial Intelligence and many more subjects.






(Photo below) meeting with Mr. Eu Boon Hoe ( Haier ) after the talk. It is most interesting to listen to his technical presentation on the new generation of Compressor (oil free) which incorporates AI and Cloud to monitor data. The specs are fantastic with energy saving features, anti-surge etc.






 

Tuesday, September 05, 2023

MY WIFE IS LISTED IN BRITISHPEDIA

 



My wife has achieved the highest honor, and I couldn't be more proud! Everyone have their pivotal moments in their lives. I believe this is one of them. Am proud of my wife for the highest achievement of all.



Britishpedia's Successful People in Malaysia is a biographical encyclopedia that specifically highlights Malaysians who have contributed to nation-building and society in general.



And this is definitely a pivotal moment in her life. Congratulations to my amazing wife!

Monday, September 04, 2023

Saturday, September 02, 2023

ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI TERRORISM AND PROCEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001 - MY THOUGHT FOR THE DAY

The Malaysian Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 is clear in terms of enforcement, reporting institutions and entities, detecting of red flags, sanctions, seizures, etc.

However, there is a possibility of overlapping of duties between several agencies, leaving the general public unclear about "who can do what." This includes Bank Negara Malaysia, Security Commission, Company Commission of Malaysia, Malaysian Anti-Corruption Agency, Royal Military Police, and Special Forces. It's important to sort out these duties to ensure transparency and clarity in the system.

Other potential shortcomings include different reporting periods, accessing databases, listing and global sharing of information. I hope to see improvements in the near future.