Tuesday, June 27, 2023

SIAPAKAH RAJA BERSIONG DAN SIAPAKAH (RAJA SERI MAHA INDERAWANGSA) PHRA ON MAHA PERITA DERIA? ANDAIAN/TEORI

(Posting ini berusia lebih 15 tahun. Ianya adalah catatan dalam buku log saya pada tahun 2007 - yang tidak pernah saya paparkan)

Dipaparkan di FB - Februari, 2021 dan ditulis kembali atas permintaan.
U/P : Posting ini buat masa ini adalah kajian/pendapat peribadi dan tidak bermaksud menimbulkan sebarang rasa ketidakselesaan sesetengah pihak - oleh itu sebarang salinan boleh dipaparkan tetapi kreditkan kepada saya untuk sama-sama menjawab sebarang persoalan yang timbul)
SIAPAKAH RAJA BERSIONG DAN SIAPAKAH (RAJA SERI MAHA INDERAWANGSA) PHRA ON MAHA PERITA DERIA? ANDAIAN/TEORI
(Sumber asal : Draf Log Nik Zafri bertarikh (Jumaat - 5 Safar 1428 H) bersamaan 23 Februari, 2007)
Mengikut Hikayat Merong Mahawangsa, Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Raja Seri Maha Inderawangsa juga bergelar (Phra) On Maha Perita Deria atau lebih dikenali dengan Raja Bersiung. Baginda dikatakan keturunan keempat (atau kelima - selepas Raja Puteri yang kemudiannya dikatakan menjadi Raja Patani) dari Merong Mahawangsa.
Namun begitu, sejarah rasmi menyebut bahawa Maharaja Karna Di Raja adalah keturunan keempat dari Maharaja Debar Raja 1. Tidak ada sebarang rujukan rasmi yang menunjukkan Maharaja Karna Di Raja adalah orang yang sama dengan (Phra) On Maha Perita Deria atau Raja Bersiong
Ada juga yang menyebut bahawa kisah Hikayat Merong Mahawangsa telah dicampuraduk dengan kisah dinasti Raja-Raja lain seperti di Siam/Ayuthia atau Kerajaan Raja-Raja Hindu India (selepas kejatuhan Islam) dan kemungkinan Phra On Maha Perita Deria dan lain-lain nama Raja seperti Raja Merong Mahadipusat, Raja Ganjil Sarjuna, Raja Puteri, Raja Seri Mahawangsa, Raja Phra Ong Mahadipusat adalah Raja dari dinasti yang berbeza.
Kemungkinan campuraduk ini berlaku tujuan untuk mengelirukan sejarah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kerana ingin "hijack" Sejarah Kedah yang sebenar... Wallahualam.
Sejarah Kesultanan Kedah amatlah unik sekali. Tetapi bukanlah tujuan saya menulis berkenaan Kesultanan Kedah Lama/Langkasuka dsb. Itu boleh anda dapati dengan hanya meng "google" sahaja.
Cuma sedikit tertarik dengan Kisah Raja Bersiong versi Kelantan yang menyebut bahawa baginda datang (atau melarikan diri) ke Kelantan dan menjadikan Raja Sakti dan Tuan Puteri Mani Kemenyan sebagai anak-anak angkatnya - dikatakan ditemui di dalam Buluh Betong dan Buih Ikan Kacang. (pendapat ini akan saya terangkan dalam posting akan datang)
Jika dikaji kembali persamaan antara 3 rujukan utama - (1) Hikayat Merong Mahawangsa (2) Sejarah Kedah (3) Syeikh Wan Ahmad Fathani - hanya ada satu persamaan sahaja yang ditemui. Bahawasanya sehingga Sultan Muzaffar 1, hampir kesemuanya Raja-Raja sebelum ini beragama Hindu
Saya sedar ada pihak yang mempersoalkan perkara ini dan mendakwa bahawa Merong Mahawangsa beragama Tauhid kerana dia adalah leluhur pemerintah agong bernama Iskandar Zulkarnain (ada yang memanggilnya sebagai seorang Nabi) yang menjadi pengikut agama Nabi Allah Ibrahim a.s. Pihak lain pula menyebut baginda adalah dari keturunan Kaisar Romawi "Alexander the Great" (Iskandar Agung) - Macedonia yang berpegang agama Romawi - juga menyembah pelbagai dewa.
Dakwaan ini juga telah menimbulkan konflik bahawa "Alexander the Great" dari Macedonia dan "Iskandar Zulkarnain" adalah DUA ORANG YANG BERBEZA dan berasal dari DUA LOKASI YANG BERBEZA.
Pemerintah pertama Kedah; jika mengikut Hikayat; dalam pelayarannya ke China dari Rom membawa seorang Puteri Raja Rom untuk dikahwinkan dengan Maharaja China, di tengah pelayaran, baginda telah diserang oleh seekor burung garuda. Lalu bersinggah di Wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru).
Versi burung ini pula dikaitkan dengan Nabi Allah Sulaiman a.s. Tetapi versi ini mungkin kurang tepat kerana dikatakan versi Israeliyat. (Wallahualam)
Mengikut seorang pengkaji lain pula, menyebut bahawa baginda berasal dari Gumarun, Parsi - telah belayar ke China daripada Wilayah Empayar Parsi (Iran) yang pernah menjadi sebahagian dari Empayar Rom Timur - sebuah negara Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin (dikaitkan juga dengan peralatan nobat zaman Khulafa Ar Rashidin yang dibawa bersama oleh baginda) Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian. Di pertengahan pelayaran, baginda telah diserang oleh bahtera tentera Hindu yang berlambangkan burung garuda (lambang Kenderaan Dewa Vishnu) menyebabkan baginda terpaksa berlabuh di Gunung Jerai.
Asal Merong Mahawangsa dari Parsi ini disokong oleh Sejarah Rasmi Kedah di mana disebut bahawa 8 Raja-Raja Kedah dari Maharaja Derbar Raja 1 (Merong Mahawangsa) sehingga Maharaja Maha Jiwa (sebelum Phra On Mahawangsa atau Sultan Muzaffar 1) adalah "Raja-Raja dari Negeri Parsi".
Kajian saya ini mengandaikan Raja-Raja Kedah sebelum ini adalah beragama Hindu TANPA menafikan kisah Parsi.
Ramai yang bersetuju bahawa zaman keIslaman yang rasmi mengikut ketiga-tiga catatan di atas bermula di zaman Sultan Muzaffar 1 atau pernah bergelar Phra Ong Mahawangsa.
Berbalik kepada kisah Raja Seri Maha Inderawangsa atau Phra On Maha Perita Deria atau Raja Bersiung.
Seorang rakan saya beragama Hindu (meninggal pada tahun 2010 kerana serangan jantung) - juga pengkaji sejarah ada menyebut bahawa jika saya berandaian bahawa Raja-Raja Kedah Lama beragama Hindu, mereka mungkin mewarisi satu amalan (fahaman) Raja-Raja Hindu bagi mencapai taraf "ketuhanan", iaitu mencapai tahap Bodhisattva di mana ianya melibatkan amalan-amalan tertentu merujuk kepada Rig Veda, Brahmayamala, Yasastilaka, Hevajra, Cetupuranam, Skanda Purana dan Mahabarata.
Apa yang sangat menarik ialah amalan ini melibatkan minuman air yang dijampi mencampurkan darah (dikatakan darah lembu, ada yang menyatakan darah manusia) dan arak, malah memakan daging juga dibenarkan untuk raja-raja bagi mencapai taraf "Ketuhanan" atau "separa dewa"
Namun perlu diingatkan ini fahaman ini tidak diiktiraf oleh semua penganut Hindu secara keseluruhan kerana memakan daging lembu tidak dibenarkan. (ibarat ianya adalah fahaman serpihan)
Amalan lama ini didakwa ada kaitan dengan Dewa Siva dan Dewi Kali. Ada pelbagai versi mengenai Dewi Kali tetapi Dewi Kali sering digambarkan mempunyai siong (taring) kerana sukakan darah (ada yang menyatakan dia menyukai darah manusia, ada pula yang menyatakan "darah lembu") Dewi Kali dikatakan adalah satu watak yang tidak disukai/watak antagonis - dan dia juga disebut "kelahiran semula" Dewa Vishnu.
Walaubagaimanapun, rakan saya tidak begitu yakin bahawa watak Raja Bersiong mempunyai taring yang panjang dan meminum darah.
Dia yakin unsur ini sebenarnya dikaitkan dengan amalan yang disebutkan di atas ATAU pengaruh wajah satu lagi dewa yang dipanggil Iravan (di mana satu versi wajah Iravan juga mempunyai taring) dan dikatakan merupakan pengikut Dewi Kali (yang juga mempunyai taring)
Jika mengikut kajian rambang, ada 2 pendapat berbeza iaitu Phra On Maha Perita Deria juga merupakan pemuja kepada satu kaum berbadan gergasi yang di suatu masa didakwa menyukai "kanibalisma" iaitu makan daging dan meminum darah manusia.
Dan amalan ini juga dikatakan pernah diamalkan oleh satu kaum "barbarik" tetapi berdarah raja di satu kawasan tanah seberang (malah makam mereka dikatakan perlu disiram darah pada hari/malam tertentu) - tidak pastilah samada ianya benar atau tidak.
Satu lagi pendapat menyatakan suku kaum gergasi adalah daripada Orang Laut dan tidak pernah mengamalkan "kanibalisma".
Wallahualam.
Antara persoalan-persoalan yang timbul
1) Adakah kemungkinan Phra On Maha Perita Deria adalah dari Dinasti yang berbeza?
2) Adakah kemungkinan pada zamannya, banyak pembunuhan dan penganiayaan ke atas rakyat berlaku? Atau cukai dikenakan amat tinggi. Lalu disebut sebagai "penghisap darah" (rakyat) sebagai satu "simbolik" sahaja dan digambarkan seumpama Dewi Kali atau Dewa Iravan?
Yang penting dilihat di sini ialah jalur masanya. Phra On Maha Perita Deria; jika mengikut Hikayat Merong Mahawangsa (dan jalurmasa Sejarah Rasmi Kedah), Phra On Maha Perita Deria hidup SEBELUM Sultan Muzaffar 1.
Jika dilihat jalur masa "Raja Bersiong" versi Kelantan pula - kita mendapati Pemerintahan Raja Sakti dan Tuan Puteri Mani Kemenyan bermula kira-kira abad ke 16.
Jika diandaikan Raja Bersiong versi Kelantan adalah dari awal abad 16 Masehi, maka sudah tentulah TIDAK KENA dengan jalur masa Phra On Maha Perita Deria.
Jika dilihat sejarah rasmi Kedah pula, pada awal 16 Masehi, Kedah diperintah oleh Sultan Sulaiman Shah II diikuti oleh Sultan Rijaluddin Muhammad Shah. (tidak ada satu pun rujukan dari sejarah rasmi ini menyebut mengenai satu watak yang bergelar "Raja Bersiong")
Jika dilihat permulaan pemerintahan Raja Sakti - bermula pada 1638, maknanya ayahanda angkat mereka iaitu "Raja Bersiong" telah ada di Kelantan.
Ada kajian genetik menunjukkan masih ada manusia yang mempunyai gigi seolah-olah taring tetapi ianya dikaitkan dengan keturunan.
Manusia yang mempunyai gigi tajam seolah-olah taring (di kiri dan kanan bibir) tidaklah terlalu panjang dan tidak pula digunakan untuk meminum darah manusia seperti lagenda "vampire", "dracula" dan sebagainya.
Malah mereka yang mempunyai gigi seolah-olah taring itu akan segera menemui pakar/doktor gigi untuk membetulkannya kerana tidak sukakan bentuk berkenaan.
Mungkin juga Raja Bersiong versi Kelantan mempunyai sindrom ini dan baginda adalah kerabat Kedah dan bukannya pemerintah Kedah.
Ada juga yang mendakwa bahawa nama sebenar Raja Bersiong ialah Tunku Sulaiman (bukan berasal dari Kedah) yang melarikan diri dari tangkapan. Tidak diketahui samada versi ini benar atau tidak.
Juga sebuah istana terbiar berusia lebih 100 tahun di Bukit Tinggi, Kepala Batas itu bukan Istana Raja Bersiong sebagaimana diperkatakan orang ramai tetapi milik Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Tunku Kudin, Raja Muda Kedah ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879.
Jika dilihat dari tahun-tahun pemerintahan Sultan Tajuddin Mukarram Shah juga TIDAK KENA jalur masanya dengan "Raja Bersiong" versi Kelantan dan tentunya jauh sangat jurangnya dengan zaman Phra On Maha Perita Deria.
Istana Raja Bersiong dikatakan berada di Bukit Choras, Guar di Kedah atau di Tikam Batu atau di Sungai Petani. Ada juga mengaitkan Raja Bersiong dengan Bukit Penjara, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah di mana Bukit Penjara dijadikan tempat menyimpan tahanan Raja Bersiong. Struktur tapak bangunan penjara dan rumah menteri masih boleh dilihat di atas bukit ini.
Raja Bersiong dikatakan lari ke sebuah gua (juga tempat kemangkatannya) selepas siongnya dibuang di Baling. Lokasi gua itu terletak di sebuah kampung yang kini dipanggil Kampung Kota Raja Bersiong, terletak di dalam mukim Ijok di daerah Selama, Perak. (ada dakwaan dahulunya terdapat meja, kerusi, pinggan, mangkuk dan bermacam-macam lagi perabut lama yang sudah tertanam dimamah usia dan zaman ke dalam tanah)
Versi lain pula menyebut setelah membuang "siongnya" di Baling, dia telah melarikan diri ke Patani.
Mungkin juga kisah-kisah di atas adalah kisah Phra On Maha Perita Deria yang dikatakan dihalau oleh Menterinya sendiri kerana terlalu zalim pada rakyatnya.
Saya juga merasakan bahawa "Raja Bersiong" versi Kelantan adalah watak yang berbeza - kemungkinan juga seorang kerabat yang berasal dari Kedah Darul Aman serta bukanlah seorang "peminum darah rakyatnya" - secara simbolik atau sebaliknya.
Kisah "Raja Bersiong" mungkin telah bercampuraduk dengan kisah Phra On Maha Perita Deria.
Sebagaimana Hang Tuah, saya yakin "Raja Bersiong" ini wujud tetapi mungkin kisahnya telah dicampur-aduk dengan unsur mitos/dongeng dan mungkin pengaruh Hindu Buddha (puja dewa dan puja dewi)
Walaubagaimanpun kita tidak akan tahu kisah yang sebenar.
Wallahualam
Buatlah kajian sendiri. Ini hanyalah draf dari log saya dan tidak memerlukan sebarang pengiktirafan - sekadar renungan. Ramai di antara kita mungkin terpengaruh dengan unsur mitos/dongeng yang bercampur-baur dengan ajaran agama lain.]

Sunday, June 18, 2023

METAVERSE

The term "metaverse" refers to a virtual reality space or a collective virtual shared space where users can interact with each other and computer-generated environments in real-time. It is often described as a successor to the internet, creating a more immersive and interconnected digital world.

In the metaverse, users can navigate and explore this virtual space using avatars, which are digital representations of themselves. They can communicate with other users, participate in activities, create and manipulate objects, and engage in various forms of virtual experiences, such as gaming, socializing, learning, working, and conducting business.
The concept of the metaverse has gained significant attention in recent years due to advancements in virtual reality, augmented reality, and blockchain technologies. Companies like Facebook (now Meta), Microsoft, Epic Games, and others are investing in developing metaverse platforms and experiences.
The vision of the metaverse is to create a seamless and interconnected digital realm that transcends the limitations of physical space, allowing for rich social interactions and immersive experiences. However, it is still an evolving concept, and its exact form and implementation are subject to ongoing development and debate.

Sunday, June 11, 2023

MENGENAI MEMILIH PASARAN PRODUK/PERKHIDMATAN

Petikan dari satu forum tertutup. ("Pok Nik" - salah satu gelaran yang diberikan kepada saya)

Assalamualaikum Poknik,

Saya ada berbincang dengan kawan-kawan berkaitan perniagaan dan keusahawanan, rata-rata bersetuju yang menceburi bidang keusahawanan akan memberi pulangan pendapatan yang baik. Masalahnya, saya dapati ramai kawan-kawan saya ini memberi respon yang mereka ini telah salah "timimg" masuk industri, contoh industri ICT yang terlalu ramai usahawan (players) berbanding peluang kerja yang ada, industri pertanian yang berkembang menyebabkan harga semasa turun dsb.

Persoalan saya:

1. Bagaimanakah cara untuk memastikan yang usahawan itu memasuki pasaran yang diingini pada masa dan tempat yang betul (right time right place)

2. Apakah strategi yang boleh dilaksanakan jika industri yang telah diceburi semakin tepu (dengan andaian tiada peluang dalam industri lain, sukar untuk beralih ke industri lain)

3. Berdasarkan pengalaman Poknik, bagaimanakah pola perubahan dalam sesebuah industri yang bermula dengan fasa permulaan, fasa pertumbuhan, fasa kematangan dan fasa penurunan? Dan bagaimana strategi perniagaan yang boleh diaplikasikan dalam setiap fasa tersebut?

4. Minta pandangan Poknik terhadap peluang dan ancaman jika melibatkan diri dalam bidang pengurusan kebun sawit iaitu, katakan saya bercadang untuk menyewa kebun sawit yang dah berumur 10 tahun untuk tempoh 10 tahun lagi.

Pandangan Poknik dalam perkara diatas saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Jawapan

Wslm

Terima kasih di atas pertanyaan berkenaan.

Sebenarnya semua jenis perniagaan dan keusahawanan dapat memberikan pulangan yang baik jika kena dengan caranya.

Bidang ICT dan pertanian juga adalah dua bidang yang kalau diusahakan dengan kaedah/pendekatan yang tepat, ianya masih dapat menjana pendapatan yang tinggi.

Pendapat saudara mengenai salah 'masa' itu tidak timbul jika kita telah membuat kajian yang mendalam ke atas satu-satu jenis perniagaan. Contohnya ICT, jika dibuat kajian, yang paling digemari ramai sekarang ini adalah yang mempunyai unsur 'skim cepat kaya'. ICT itu sendiri adalah satu bidang yang sangat luas. Jika kita lihat dari konteks pembangunan perisian yang disesuaikan dengan kehendak industri maka dengan sendirinya terdapat banyak peluang pembiayaan dan geran akan mudah didapati.

Sebenarnya, pengurusan kurang memuaskan sesuatu perniagaan itu masih saya kaitkan dengan ilmu - kekurangan ilmu, pengalaman dan ketrampilan adalah penyebab utama kejatuhan mana-mana perniagaan sekali pun.

Kekurangan ilmu ini juga penyebab utama kemasukan dalam pasaran hanya berdasarkan pada trend semasa...kalau 'A' memasuki sesuatu perniagaan, maka 'B' juga akan terlibat sama.

Masa dan berita juga memainkan peranan, contohnya, jika kita ingin menceburi bidang pembinaan, kita perlu meneliti perkembangan umpamanya, harga barang-barang binaan besi semakin meningkat (contohnya) dan ketika itu tidak ada satu harga siling yang ditetapkan, maka kita tidak digalakkan sama sekali untuk menceburi bidang pembinaan.

Tentang strategi tu, berbalik kepada asas penerangan Pok Nik, sejauh manakah kita ini mempunyai ilmu dan maklumat yang terkini kepada kita? Dan adakah kita pandai menilai sumber maklumat berkenaan? Adakah ianya perlu ditapis? Adakah ianya hanya satu 'rumour' semata-mata? Perkara ini perlu ada dalam diri seorang usahawan sejati.

Masalah kita ialah kita tidak mahu melabur dalam mendapatkan ilmu - contohnya jika sesuatu kursus/persidangan yang bertaraf antarabangsa, mungkin kita tidak ceburi kerana harganya mahal bagi kita, walhal kita memerlukan ilmu berkenaan.

Secara ringkasnya, pola perubahan berkaitan dengan suasana ekonomi itu sendiri. Kadang-kadang jurang antara fasa tidak begitu ketara kerana faktor 'sustainability' (kesinambungan).

Cuma ramai yang salah faham, bila berlaku 'fluctuation' di antara fasa ke fasa, mereka beranggapan ianya adalah tanda kejatuhan. Jadilah 'panik' dalam pasaran tak pasal-pasal.

Sebenarnya ianya adalah 'market correction'. (jika 'average gap' tak besar le) Faktor ini mungkin disebabkan oleh Keluaran Negara Kasar tetapi 'growth' berlaku secara konstan (Hodrick-Presscott - HP) walaupun terdapat 'naik turun (fluctuations) - input yang perlu kita perhati dan pertimbangkan ialah :

a) pasaran buruh,

b) produktiviti,

c) cara organisasi menggunakan modal atau tenaga kerja,

d) Stok Modal (capital stock)

e) Nilai mesin

f) Bangunan

g) lain-lain peralatan/mesin yang membantu organisasi mengeluarkan barangan mereka.


Perniagaan kelapa sawit adalah satu perniagaan yang berpotensi tinggi.

Dari segi ekonomi, rantau ASEAN adalah salah satu daripada rantau yang dapat mencapai pertumbuhan yang pesat di dunia dengan iklim pelaburan yang paling menggalakkan di mana lebih 70% minyak kelapa sawit dikeluarkan. Kekayaan sumber asli ini akan terus menjadi penggerak kepada pertumbuhan yang berterusan bagi rantau ini dalam dekad yang akan datang. Pengeluaran minyak kelapa sawit akan terus meningkat, walaupun pada kadar yang lebih rendah dari yang telah dicapai sebelum ini memandangkan tanah yang sesuai untuk pertanian semakin berkurangan.

Kini teknologi baru telah mula diperkenalkan antara lain ialah untuk menjimatkan tenaga buruh dan Pok Nik pasti, dalam 1 dekad akan datang, teknologi akan menjadi lebih matang.

Itu belum lagi Pok Nik sentuh kepada produk-produk sawit - yang masih ada dan masih dikehendaki dalam pasaran setakat ini.

Sekian, wassalam