Saturday, February 22, 2014

AMALAN PENGURUSAN-PERNIAGAAN ISLAMIK - NIK ZAFRI/MOHD SUKRI YAHYA




Foto : Nik Zafri dan Mohd Sukri menandatangani Perjanjian Penerbitan Buku Amalan Pengurusan dan Perniagaan Islam.

-------------------------------------------------------
Baru-baru ini ada permintaan dari beberapa penerbit di Malaysia yang telah menghubungi saya setelah melihat manuskrip yang pertama dan telah menyuarakan hasrat meminta saya menulis buku yang telah lama saya pendam pengeluarannya iaitu mengenai amalan pengurusan dan perniagaan Islam terbaik (best Islamic Management and Business Services) pada zaman (khalaf) ini. 

Walaupun telah banyak bahan yang dipaparkan mengenai topik yang sama, namun terdapat perbezaan ketara dalam apa yang bakal saya keluarkan nanti.Buku atau panduan ini dijangka akan menjadi petunjuk alternatif yang juga dapat diharmonikan dengan semua standard/piawaian halal dan pengurusan Islam termasuk perbankan Islam di Malaysia.

Berikut adalah petikan dari muka hadapan buku berkenaan yang ditulis bersama oleh Encik Md Sukri :


DARI MEJA PENGARANG

Alhamdulillah, setelah menjalankan kajian lebih dua dekad, akhirnya terhasil juga buku ini sebagai salah satu wadah perjuangan kami untuk mencapai hasrat menjana ekonomi ummah pada zaman khalaf.

Kini umat Melayu Islam sedunia hari ini masih mencari-cari satu kaedah pengurusan dan perniagaan Islamik untuk disesuaikan pada zaman khalaf.

Penggunaan perkataan "Islamik" menggambarkan bahawa isi kandungan ciri-ciri ini telah diterapkan dengan nilai-nilai Islam.

Ini berlaku kerana terlalu banyak input dari pelbagai kajian Islamik yang perlu diproses namun, untuk menganalisa data-data yang banyak ini bagi tujuan mengaturnya kembali bagi memudahkan kefahaman bukanlah semudah yang disangkakan.

Pesanan kami kepada pembaca terutamanya mereka dari kalangan professional dan kakitangan pelbagai industri termasuk perkhidmatan awam; dalam membaca buku ini; tentunya tuan/puan akan terlihat unsur-unsur yang mirip kepada piawaian ISO 9000 dan lain-lain piawaian antarabangsa.

Walaupun demikian, untuk pengetahuan pembaca :

a. Pendekatan buku ini akan mengikut proses perniagaan (di mana poin perniagaan biasanya bermula secara tipikal) dan boleh terus disesuaikan dengan apa juga jenis organisasi.

Sidang pengarang juga telah memberikan contoh-contoh dan istilah-istilah yang mudah difahami dalam setiap ciri-ciri yang dipaparkan,

Manakala piawaian ISO pendekatannya berbentuk elemen yang sekurang-kurangnya perlu diatur kembali mengikut kesesuaian proses/operasi dan tiada contoh-contoh konkrit diberikan.

b. Buku ini bukan bertujuan untuk mencapai sebarang persijilan seperti ISO ianya hanyalah panduan yang mengandungi ciri-ciri Islamik – ianya boleh disesuaikan kepada apa juga bentuk organisasi malah boleh dijadikan prinsip secara individu,

c. Walaubagaimanapun, rujuksilang tetap dilakukan kepada dokumentasi ISO, pelbagai piawaian halal dan pengurusan Islam yang lain untuk memudahkan kefahaman,

d. Buku ini tidak akan menjadi satu tindanan (overlapping) kepada mana-mana piawaian ISO, ianya hanyalah satu pilihan kepada pembaca dan pengamal pengurusan perniagaan Islam.

Tetapi sekiranya ada pihak yang berminat untuk meningkatkan taraf buku ini kepada piawaian, sidang pengarang sentiasa bersedia untuk berbincang secara lanjut.

Adalah diharapkan buku ini akan mendapat keredhaan dan rahmat Allah SWT supaya isi kandungannya dapat dilaksanakan paling hampir dengan kehendak syarak di zaman penuh mencabar ini.

Juga nawaitu kami ialah untuk mengkayakan lagi khazanah keilmuan Islamik dan dapat diharmonikan dengan sistem yang sediada seperti perbankan dan kewangan Islam, sistem perakaunan/pengauditan berorientasikan Islam, pelaburan Islam, piawaian halal, piawaian pengurusan Islam yang lain dan sebagainya.

Setelah buku ini dicetak, sidang pengarang dijangka; InsyaAllah; akan mengadakan siri-siri bengkel dan latihan serta perundingan dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan. InsyaAllah, buku ini bukanlah buku yang terakhir bagi kami, akan ada lagi siri-siri komplimentari (siri-siri mini) yang akan dikeluarkan dalam tempoh yang terdekat.

Wassalam

SIDANG PENGARANG

NIK ZAFRI BIN ABDUL MAJID
MUHAMMAD SUKRI BIN YAHYA

Antara kandungan buku (ciri-ciri utama) ini ialah :

1.0 PEMASARANR & D, Tinjauan Pemasaran, Periklanan dan Promosi  berkonsepkan ta'sir, qimah, tanpa unsur ihtikar dan gharar serta mengambilkira :

i) MS 1500:2009 (M), Makanan halal -Pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan -Garis panduan umum (Semakan kedua)
ii). MS 2200:Part 1:2008, Islamic Consumer Goods -Part1: Cosmetic and Personal Care -General Guidelines
iii). MS 2400-1:2010, Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline -Management system requirements for transportation of goods and/or cargo chain services
iv). MS 2400-2:2010, Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline -Management system requirements for warehousing and related activities
v). MS 2400-3:2010, Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline -Management system requirements for retailing
vi). Piawaian dan Panduan bersabit dengan GMP dan HACCP di mana berkaitan
vii) MS1900:2005 Quality Management System - Requirement From Islamic Perspectives


Jenis-jenis produk/industri spt. dharuriyah, hajiyah dan tahsiniah.

2.0 PEMBELIAN DAN PENGURUSAN HARTA - yang memaparkan konsep at-thaman, rundingan, sewaan, spesifikasi, jumlah/mutu, sampel, perlantikan pembekal, sistem kawalan kredit bai-muajjal, qa/qc, pengurusan harta alih & tidak alih, rekod, jaminan bank dari bank/kewangan Islamik, atau Bon (sukuk) dsb.

Ianya juga mengambilkira kesesuaian organisasi menggunakan - PO/Kontrak berdasarkan musamma, al-bay (barter trade/kontra), ijarah, jualan, kafalah, qard (kolateral, wang tahanan dsb) - qimi, hibah, wasiyyah/hawalah, iqalah, wadiah, muzaraah, rahn, suftajah (cek kembara), muatah (spt. memakai vending machine), umra/iarah, amanah, thunya, Tawliah, Wadhiah, Isyrak dan Murabahah dan al-inah

3.0 PERANCANGAN - yang memaparkan sumber dan prasarana, tanggungjawab pengurusan, perlantikan wakil syariah atau panel syariah, perancangan/pengurusan sumber manusia, dokumentasi dan rekod.Ianya juga mengambilkira - takhtit, tanzin dan KPI/KRA/MBO


(Dalam ciri-ciri Sumber dan Prasarana ada menyentuh mengenai kepentingan sistem perakaunan mengikut : 
'Pernyataan Prinsip Sistem Perakaunan Islam' keluaran Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB. Selain itu kepentingan terdapatnya 'musolla'  dalam sesebuah organisasi yang ingin mengamalkan panduan ini)

4.0 OPERASI - yang memaparkan perkara-perkara am, kemudahkesanan, penstoran, aturan barangan, kawalan peralatan ukuran, penilaian -pemeriksaan/penilaian berkala, pengredan 'patuh syariah', tatacara nilaian, ketidakpatuhan - azimah & rukhsah, penilaian susulan, penyediaan senarai ketidakpatuhan.

Konsep Penilaian adalah berdasarkan Wiqayah :

I. tandaras kejayaan – asas pencapaian matlamat organisasi
II. penjamin kelicinan operasi – tandaras ukuran dan penentuan kelicinan operasi di samping berorientasikan motivasi ke arah kejayaan.
III. Proaktif – mewujudkan dan menjangka langkah-langkah pencegahan masalah berdasarkan pengalaman, kemahiran, syor yang bernas dan lain-lain.
IV. menjalankan penilaian tanpa tujuan untuk mencari kesalahan sebaliknya sama-sama untuk mencari langkah-langkah penambahbaikan dan dijalankan dalam bentuk tidak menjatuhkan maruah seseorang.

5.0 PENAMBAHBAIKAN - yang memaparkan mesyuarat semakan semula

6.0 PELANGGAN

Buku dan panduan ini juga akan memaparkan contoh model pengurusan Islamik dengan contoh cartalir.

Saturday, February 15, 2014

KENANGAN 1997 - KERUGIAN KONTRA DAN 'SHORT-SELLING' - OLEH NIK ZAFRI

Tujuan saya memaparkan kisah ringkas ini bertujuan untuk memberikan sedikit 'terapi minda' kepada rakan-rakan saya di luar sana yang masih belum dapat pulih sepenuhnya dari kisah 1997. Saya faham mungkin ada di kalangan sahabat-sahabat saya tidak mahu membaca malah tidak mahu lagi bergiat dalam pelaburan saham kerana trauma yang dialami. Namun, saya nasihatkan rakan-rakan supaya jangan putus asa, kita boleh sama-sama menjadi penasihat kepada pelabur-pelabur baru yang ada pada masakini. 

Senario : 

Apabila saya menjual atau membeli saham tanpa membayar harganya, ini dikenali sebagai kontra. Di sini, kita perlu menjual saham selepas tempoh "matangnya" di mana saya perlu membayar perbezaan di antara harga jualan dan belian. Ketika itu saya menggunakan broker untuk membayar perbezaan ini.

Senario : Contohnya : Saya membeli 1 lot saham "AAA" pada harga RM5.00 pada hari Selasa (T+0) Beberapa hari (T+3) kemudian pada hari Jumaat, saya menjual lot bekenaan contohnya pada harga 5.20 pada T+3, untung kasar (sebelum ditolak kos broker) adalah RM5.20 - RM5.00 *2 lot* = 1000 saham=RM400 (1 lot=1000 saham) dan saya tidak perlu menjelaskan kos belian 2 lot AAA di mana sebelum yuran broker ialah RM5 *2 lot* 1000 saham = RM10,000.00. Ketika itu saya merasakan tindakan saya adalah bijak kerana saya mempunyai dana secukupnya bagi menampung risiko kerugian namun saya tidak begitu melihat tanda-tanda dari luar negara yang menunjukkan pasaran saham akan jatuh merudum.

Apa yang berlaku kemudiannya ialah,  saya menjual 2 lot AAA pada harga RM4.80, dan menjelaskan kerugian kerana harga jualan adalah rendah dari belian. Oleh sebab itu, harga belian sebelum ditolak yuran broker ialah RM5 - 4.80 * 2 lot * 1000 saham = RM - 400. Ketika itu saya masih mempunyai dana sokongan, namun pada suatu ketika T+3, harga AAA jatuh ke RM3.50, maka saya tidak mempunyai pilihan kecuali menjualnya pada harga berkenaan.

* Senario ini adalah contoh - bayangkan kerugian yang saya alami jika dikalikan dengan membeli 20 lot (malah lebih dari itu)


Kontra; risikonya; amat tinggi terutamanya apabila pergerakan pasaran yang tidak dapat dijangka dan anda tidak cukup dana untuk membayarnya - jadi kerugian sebelum ditolak yuran broker ialah RM5 - RM3.50 *2 lot* 1000 saham = RM3000.00 dan ini boleh menyebabkan anda berada dalam keadaan kritikal apabila tidak dapat membayarnya.

Juga amat penting kita melihat apa yang berlaku di luar negara, contohnya; walaupun sudah terdapat internet ketika itu - namun penggunaannya agak terhad sedikit berbanding masakini; saya telah mendengar kisah di internet, rakan-rakan pelabur memaklumkan sedang berlaku trend "jualan pendek" (Short Selling) secara besar-besaran hasil permainan spekulator bagi pelabur mendapat keuntungan dari harga yang sedang jatuh bagi saham yang harganya berada pada paras yang luarbiasa tingginya. Ketika itu 'saham AA' ditinggikan nilainya (overvalue) pada (contohnya) 25 pound (yang pastinya akan jatuh harganya) - kemudian ianya dijual pada harga 25 pound walaupun pelabur tidak memiliki sebaran unit saham AA. Apabila saham AA jatuh ke harga 20 pound, pelabur telah membeli stok berkenaan bagi menyelesaikan dagagannya dan mendapat keuntungan 5 pound sesaham. Bezanya apabila harga saham AA melambung ke 30 pound, pelabur telah kerugian 5 pound sesaham bagi membeli saham AA untuk menyelesaikan tanggungjawab dagangannya.

Inilah yang dilakukan oleh seorang spekulator matawang (dan pernah dilakukannya di sebuah Bank terkenal di UK sehingga bank berkenaan hampir muflis) yang kemudiannya spekulator berkenaan tidak mengaku bahawa dialah yang bertanggungjawab.



Pelajarannya di sini ialah, kita mesti faham bahawa nilai matawang dunia masih mempunyai kaitan secara asimetri dengan pelaburan saham.

Negara kita bernasib baik kerana Bursa Malaysia (ketika itu BSKL) dengan panduan dari YAB PM ketika itu, Tun Dr. Mahathir telah mengharamkan "Regulated Short Selling" dan Pinjaman Sekuriti sehari selepas hari jadi saya iaitu 5 September, 1997. Juga apabila USD diikat dengan RM pada harga RM3.80 = USD 1 Dollar (pegging) Tindakan bijak ini telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara.



Namun, kerugian kontra saya ketika itu terlalu besar menyebabkan habis semua aset saya terpaksa saya jual. Ramai juga pelabur-pelabur (kebanyakannya rakan-rakan saya) yang menjadi hampir 'mereng' disebabkan situasi ini. Sehingga kini, saya masih belum dapat pulih sepenuhnya walaupun keadaan kewangan saya semakin stabil. 

(Setelah negara kita kembali stabil, sekitar tahun 2006, Bursa Malaysia Security Berhad telah memperkenalkan kembali RSS dengan pemantauan yang amat jitu terhadap sebarang "jualan pendek" yang dilakukan)

Apa yang saya cuba paparkan di sini ialah :

a) Apabila kita melabur dalam pasaran saham; walaupun jualan kontra dan jualan pendek luarbiasa masih dalam kawalan; kita harus mempunyai dana yang mencukupi dan dirancang dengan teliti. Dana ini bukan sahaja untuk menampung sebarang kerugian yang tidak dijangka tetapi juga dana-dana untuk simpanan peribadi, keluarga, dll.

b) Kita juga perlu melabur dalam instumen-instrumen lain seperti 'unit trust' dsb. - dapatkanlah nasihat pakar.

c) Kita mestilah mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pelaburan, jangan letakkan tanggungjawab hanya ke atas broker semata-mata - juga berhati-hati dalam memilih broker.

d) Kita mestilah peka kepada keadaan sekeliling kita termasuk pergerakan saham dunia tetapi kita mesti tahu membezakan antara khabar angin dan mengenali siapakah spekulator.

e) Jangan cepat terpengaruh dengan cara rakan-rakan melabur walaupun kita melihat rakan-rakan kita itu ada rumah besar, kereta besar, perabut mahal, gayahidup mewah dsb. Kemungkinan cara rakan-rakan kita melabur itu menggunakan cara-cara yang berlawanan dengan undang-undang termasuk adanya unsur-unsur skim cepat kaya yang berlindung di belakang "FOREX", "Saham syarikat besar" dsb.

f) Negara kita masih perlu berhati-hati; walaupun perundangan kita agak ketat; supaya mengawal 'liberasi' terhadap syarikat kewangan/pelaburan asing di Malaysia, liberasi pembelian aset di Malaysia, taraf perintis perlu dilihat kembali sesuai dengan keadaan semasa, pergerakan matawang dunia, imbangan impot dan ekspot dll.

Apa yang saya lihat hari ini, kita perlu bersedia dengan kemungkinan menangkis 'serangan cara lain dan halus' ke atas ekonomi negara. Cabaran yang bakal kita hadapi sangat berbeza dengan cabaran yang saya hadapi pada tahun 1997.

Wednesday, February 05, 2014

HI-IMPACTS - by Nik Zafri

UPDATE WEEKLY


Hi Impact Lesson No. 1 : (February 04, 2014)

IMPROVEMENT

(1) You need to improve yourself
(2) Then your family
(3) Then your surroundings
(4) Then your friends around you
(5) Then a bigger group
(6) Then the society at large
(7) Then the district(s)/region(s)
(8) Then the country
(9) FINALLY THE WORLD

Hi Impact Lesson No. 2 : : (February 05, 2014)

MAKE THE DIFFERENCE

What can you do to make the difference to the world that you live in?

What would be your contribution to ensure the realization of that difference?

a) Make a generous donation to the needies
b) Create job opportunities
c) Join the volunteers group
d) Inspire others
e) Help find or research on cures/vaccines for critical plague/deseases

Don't have the time, then MAKE the time!

Hi Impact Lesson No. 3 : : (February 05, 2014)

PLAN

a) Plan properly - Work Program, Product/Services Plan, Milestone, KPI/KRA, Objective, Vision-Mission-Objective-Goals, Policy etc.

b) Resources - Budget, People, Plant & Machinery, ICT, HR, Conducive Working Environment

Hi-Impact - Lesson No. 4: (February 11, 2014)

BE SMART - WORK HARDER

a) Venture into new things
b) Learn new things
c) Improve the branding
d) Improve business development
e) Be susceptible to surroundings
f) Get back into the marketplace
g) Follow and exceed the trend - take one step ahead


Hi Impact Lesson No. 5 (February 23, 2014)

INVENTION VS INNOVATION

a) Invention is different than innovation
b) Invention is scientific but Innovation is Technology
c) Invention needs Innovation.
d) Innovation needs Invention
e) Innovation of existing invention is considered "a new invention"
f)  Inventing a new Innovation is considered "a new invention"

Hi Impact Lesson No. 6 (February 25, 2014)

CONTINUAL IMPROVEMENT

a) Reducing non-conformities in product and workmanship
b) Academic (Study & Book Smart) vs Competency (Practical and Street Smart) Both are required equally depending on what you are talking about.
c) Training and Advertising - Core success secret recipes
d) Don't think you are smart enough - there are others aobut to be smarter than you are - compete!
e) Don't stay too long in a comfort zone
f) Challenging your current policy and objectives - make them better - relate it closer to your scope of work/services/product provision

g) Always exceed your client's expectations!