AL-FATIHAH
Ahli veteran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
UMNO yang aktif sejak hampir 45 tahun yang lalu. Dilahirkan pada tahun 1938 dan
telah bergiat dalam arena politik mulai tahun 1954 (semasa Perikatan ditubuhkan) sehingga akhir hayat
Allahyarhamah. Mendapat didikan di Sekolah Melayu Ugama Bachok. Berkahwin pada
24 April, 1951.
Pengalaman
Bersama UMNO (1954 sehingga ke akhir hayat)
·
AJK Kaum Ibu
UMNO Kuala Krai, Kelantan
·
AJK
Persatuan Perkumpulan Perempuan-Perempuan Malaya (W.I.) Kuala Krai, Kelantan
·
Ketua Kaum
Ibu UMNO Cawangan Bandar Bachok, Kelantan
·
AJK UMNO
Bahagian Bachok, Kelantan
·
Setiausaha
Kaum Ibu UMNO Bahagian Bachok, Kelantan
·
Ketua Kaum
Ibu Bahagian Bachok, Kelantan
·
AJK Kaum Ibu
UMNO Negeri Kelantan
·
SU (W.I.)
Jajahan Bachok, Kelantan
·
AJK PIBG
Sekolah Inggeris Bachok, Kelantan
·
Ahli
Dilantik Majlis Mesyuarat Bandaran Bachok, Kelantan mewakili Kawasan Pantai
Irama
·
Penasihat
Hakim Mahkamah Rendah, Bachok, Kelantan
·
Bendahari
Perayaan Menyambut Malaysia Pertama – 16, 17 & 18 September, 1963 Jajahan
Bachok, Kelantan
·
Pemidato
Politik Peringkat Kebangsaan Barisan Nasional (PERIKATAN)
·
SU Bendahari
Kaum Ibu UMNO Cawangan Bandar Machang, Kelantan
·
SU Bendahari
Kaum Ibu UMNO Bahagian Machang, Kelantan
·
AJK UMNO
Bahagian Machang, Kelantan
·
AJK PIBG
Sekolah Ren. dan Men. Hamzah Machang
·
AJK Biro
Buruh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
·
Pengerusi Biro
Buruh Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kelantan
·
Penyelia
Gerakan KEMAS Pergerakan Wanita UMNO Malaysia (Inspektor Politik)
o
Ditugaskan
untuk memberikan kursus politik ke hampir seluruh Bahagian-bahagian di seluruh
Kelantan dan Malaysia setiap kali pilihanraya umum/kecil umpamanya Terengganu,
Pahang, Perak, Kedah dan Kota Tinggi – Johor.
·
Dikurniakan
Darjah Kebesaran Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) oleh Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia
·
Menerima
surat kepujian daripada Pengerusi RIDA Malaysia (Kini MARA)
o
kerana telah
merintis dan mengajar Kelas Jahitan, Masakan Selera Timur dan Barat, Kait
Mengait dan Keriting Rambut di seluruh daerah dalam Jajahan Bachok dan Machang,
Kelantan
·
Ditugaskan
di Ekspo Pameran Produk Malaysia di Jeddah, Arab Saudi anjuran Duta Malaysia di
Jeddah (Y. B. Dato’ Sri Haji Kamaruddin bin Mat Esa) selama sebulan.
·
AJK
Musabaqah Tiwatul Qur’an Peringkat Negeri dan Kebangsaan
·
AJK PIBG
Sek. Ren., Menengah dan Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan
·
Dikurniakan
Darjah Kebesaran Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia
·
SU Bendahari
Syarikat Putri Wan Kembang milik Wanita UMNO Negeri Kelantan
·
Pengerusi
Tetap UMNO Cawangan Maluri, Kuala Lumpur
·
Bertugas/Berkempen
di Kubang Pasu, Kedah semasa Pilihanraya Umum 1978, dan di Pilihanraya Kawasan
Padang Terap, Kedah – Januari, 1985.
·
Bertugas/Berkempen
ke Puau Pinang dan Terengganu semasa Pilihanraya Umum 1986.
·
Bertugas/Berkempen
semasa Pilihanraya Kecil Bukit Tuku, Pasir Mas, Kelantan – Jun, 1987
·
Bertugas/Berkempen
di Kedah semasa Pilihanraya Umum 1990 di mana kubu kuat PAS Kota Setar telah
berjaya ditumbangkan.
·
Timbalan
Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kemudi, Bachok, Kelantan
·
Ketua
Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Kampung Kemudi, Bahagian Bachok, Kelantan
Allahyarhamah dikenali oleh semua Perdana Menteri Malaysia sehingga YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib. Allahyarhamah juga sangat rapat dengan Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim dan Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aishah bte Ghani.
Pengalaman di bidang Perniagaan/Keusahawanan
dari tahun 1971 sehingga ke akhir hayatnya
- Kontraktor Wanita Pertama di Kelantan – Syarikat Wan Omar - Kelas 'B' bertaraf Bumiputera
- Pernah membuka Kedai Emas Kak Nik Zawahir di Kota Bharu, Kelantan
Allahyarhamah
telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Hari Ahad, 14 Julai, 2002 di
rumahnya sendiri Bachok, Kelantan - semasa sedang menunggu masuk waktu solat
maghrib jam 7.20 ptg (AL-FATIHAH)
PESANAN
KERAMAT
"Tidak ada
apa yang Ummi inginkan walau pangkat/pingat kebesaran kecuali melihat
agama, bangsa, keluarga Ummi dan tanahair Ummi terbela.
Ummi juga memerlukan orang mengenang jasabaik yang
pernah Ummi taburkan suatu masa dahulu tanpa perlu membalasnya kerana Allah
SWT sahajalah yang akan menilainya nanti)"
Allahyarhamah Nik Zawahir
Allahyarhamah bonda saya pernah bercerita mengenai bagaimana dia dinamakan 'Nik Zawahir'.
Dinamakan oleh ayahnya
Haji Wan (Nik) Omar dan ibunya Hajjah Nik Zainab bersempena sebuah kitab
karya ulama terkemuka Syeikh
Daud Fathani* - Warduz Zawahir li Hilli Alfazhi Iqdatil Jawahir
*Nik Zawahir merupakan keturunan ketujuh dari Syeikh Daud Fathani menerusi ibunya Hajjah Nik Zainab”










