Wednesday, January 20, 2010

PIAWAIAN SUMBER TENAGA DAN KAWALAN EMISI KARBON

Oleh Nik Zafri Abdul Majid - Januari, 2010

Seluruh dunia kini sedang memberikan perhatian yang serius kepada isu emisi karbon. Secara rambang hampir seluruh premis di dunia menyumbang kepada 50% penggunaan tenaga - ini termasuklah Malaysia. Isu emisi karbon dijangka akan mencetuskan pula fokus kepada kod dan piawaian tenaga - ini bermakna jika kita tidak mempunyai kod/piawaian atau ada kod piawaian tetapi tidak mencukupi, maka usaha untuk menaikkan taraf kod/piawaian yang sedia ada atau mewujudkan kod/piawaian yang lebih komprehensif perlu diadakan.

Mewujudkan atau menaiktaraf kod/piawaian adalah selaras dengan cadangan YB Dato' Seri Ong Ka Ting, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam Mesyuarat ke 3, Penggal 2, Parlimen 12 yang meminta satu pelan induk perlu digariskan oleh Kerajaan Malaysia untuk memastikan paras pengeluaran karbon di Malaysia benar-benar tidak menaik dan dapat dikawal sehingga ianya tidak lebih daripada paras tahun 2005 menjelang satu tempoh masa daripada sekarang.

Setakat artikel ini ditulis, saya mendapati satu standard (pada asalnya diterbitkan pada tahun 2004) dikenali sebagai 90.1 iaitu piawaian ASHRAE memberikan satu panduan untuk mencapai 30% penjimatan tenaga (draf standard ini dijangka terbit pada bila-bila masa dalam tahun 2010. Selain itu, standard seperti LEEDS (Green Building) and EMS ISO 14000 juga boleh dijadikan panduan kepada kawalan emisi karbon menerusi penjimatan tenaga.

Standard ini begitu penting pada Malaysia sebagai langkah awal mengawal pembaziran tenaga di samping emisi karbon. Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Suruhanjaya Tenaga dsb. juga boleh bekerjasama dalam mewujudkan standard yang dimaksudkan.

Antara perkara-perkara yang boleh diambilkira ialah :

a) Keperluan penggunaan peralatan penyejuk (cooling/refrigeration) dan pemanas (heater/heating equipments) dalam semua jenis industri termasuk rumah kediaman yang mungkin berbeza mengikut cuaca/iklim negara berkenaan. Justifikasi cadangan saya ini ialah menghala kepada kesan ekonomi penggunaan peralatan berkenaan serta cara-cara penjimatan boleh dilakukan ke atas peralatan contohnya mengadakan alat penjimat tenaga secara 'built-in' kepada peralatan yang dimaksudkan.

b) Perkara-perkara yang kompleks seperti syarat-syarat untuk mendapat Sijil Layak Menduduki sesebuah bangunan juga perlu diambilkira - contohnya memberikan kelulusan kepada mereka yang mengutamakan penjimatan tenaga dan penjagaan alam sekitar atau konsep 'bangunan hijau' mengikut standard yang berkaitan.

c) Latihan, siri-siri ceramah dsb. bagi memastikan kefahaman atau mencetuskan kesedaran masyarakat atau kakitangan betapa pentingnya tahap emisi karbon dan penjimatan tenaga kepada mereka dalam bentuk wang ringgit.

Saya berharap agar standard/piawaian tenaga yang bakal dikeluarkan akan mengketengahkan syarat-syarat yang agak ketat supaya ianya dipatuhi demi trend semasa pasaran global dan suasana ekonomi yang sedang mengalami perubahan dalam konteks pembekalan tenaga.


Carbon Emission/Standards
Malaysia need to come out with Master Plan and Codes of Practice on Carbon Emission/Energy Savings
Agree but all parties must cooperate with the Government
Disagree - our country is not at the critical level yet