(1)
(5)
(6)
Kesilapan Analisa Perisian/Aplikasi
Perekabentuk yang melakukan analisis struktur menerusi perisian atau aplikasi harus memahami maklumat dan data serta menafsirkannya dengan tepat. Data yang silap berpotensi menghasilkan rekabentuk struktur yang tidak tepat.
Sebagai contoh, jika seorang perekabentuk menggunakan program perisian untuk menganalisa keupayaan beban (load) sebatang rasuk (beam), mereka harus input dimensi rasuk yang betul ke dalam program. Mereka juga harus memasukkan beban yang sesuai. Jika maklumat ini salah, hasilnya mungkin tidak dapat disahkan dan ini bukan sahaja akan mengakibatkan kegagalan yang tinggi kos pembaikannya, tetapi juga mendatangkan bahaya ke atas struktur. Bukan sahaja perekabentuk malah jurutera struktur juga berpotensi menghadapi tindakan undang-undang.
Perisian atau aplikasi untuk pemodelan memerlukan visualisasi hasilnya. Perekabentuk perlu mengambilkira haluan daya (force) dan "stress" (tekanan).
Masalah Kebolehbinaan (constructibility) Secara Terperinci
Kemahiran seorang perekabentuk, arkitek mahupun pelukis pelan dalam merekabentuk/melukis pelan adalah penting untuk kejayaan sesuatu projek. Dalam merancang sesebuah bangunan yang akan dicadangkan untuk dibina, langkah pertama adalah membangunkan set pelan yang akan memaparkan bagaimana jangkaan rupa sebenar/simulasi bangunan berkenaan apabila telah disiapkan nanti.
Merekabentuk/melukis dengan tepat memerlukan kemahiran yang baik. Seorang arkitek/perekabentuk/pelukis professional boleh menghasilkan lukisan kejuruteraan berkualiti tinggi dengan tepat, pantas dan mudah. Ini juga boleh dilaksanakan menerusi penggunaan perisian yang betul yang mengambilkira elemen VR, AR, MR dan AI.
Walau bagaimanapun, walaupun artkitek atau perekabentuk atau pelukis pelan terbaik tidak mungkin dapat secara konsisten mencapai ketepatan yang sempurna sepanjang proses rekabentuk keseluruhan. Jika terdapat sebarang masalah dikenalpasti dalam rekabentuk/lukisan berkenaan, kesilapan ini perlu diperbetulkan sebelum mengorak langkah seterusnya.
Masalah kebolehbinaan harus dikenalpasti secara proaktif dalam proses reka bentuk kerana jika ianya tidak dapat dikenalpasti dengan tepat akan menyebabkan risiko kelewatan dan pertambahan belanja.
Konsep dan Hasrat di sebalik Rekabentuk yang Gagal Difahami
Perekabentuk/arkitek/pelukis tidak digalakkan untuk menggunakan bahasa atau istilah yang samar-samar dalam menyampaikan idea atau "pitching" kepada klien atau pihak berkausa. Komunikasi amatlah penting kerana ini boleh menyebabkan kekeliruan dan pembaziran masa.
Apabila menyampaikan idea kepada orang lain, adalah penting bagi pereka struktur untuk menyatakan niat mereka dengan jelas. Selain itu, menjadi satu alasan yang baik untuk mereka menerangkan alasan/hujjah di sebalik keputusan yang mereka lakukan supaya semua orang memahami mengapa terdapat elemen-elemen tambah nilai ke atas bangunan tersebut contohnya kenapa pentingnya unsur kemampanan (sustainability) seperti adanya penggunaan sumber tenaga alternatif contohnya solar atau perlunya "green lung" di puncak bangunan berkenaan.
Perekabentuk juga perlu memberikan ruang kepada sesi soal jawab dan mendengar soalan mahupun komen dan kritik dari pihak klien atau pihak yang berminat sebelum memberikan jawapan atau hujjah.
Jika komunikasi tidak jelas kemungkinan pendengar akan salahfaham hasrat sebenar perekabentuk mahupun konsep bangunan yang ingin diketengahkan.
Komunikasi dalam persembahan perlu dilatih sesama ahli pasukan terlebih dahulu sebelum memberikan taklimat kepada pihak klien. Sekiranya pihak klien telah bersetuju, maka segala urusan akan jadi lebih lancar.
Kadang-kadang ramai perekabentuk termasuk jurutera struktur gagal memahami tujuan asas sesuatu projek itu dibangunkan dan ini akan menyebabkan kegagalan yang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap reputasi mereka.